Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sentiasa bersyukur dan redha atas segala apa yang berlaku.. Susah atau senang merupakan ujian daripada Allah.. Ingat Allah hati pasti menjadi lebih tenang..

Agama menganjurkan kita untuk sentiasa bersyukur dan berterima kasih setiap masa walau dalam apa keadaan.. Walaupun sewaktu kita ditimpa musibah..

Sememangnya manusia lebih mudah menunding jari menyalahkan orang lain daripada menyalahkan diri sendiri.. Muhasabahlah di atas setiap apa yang terjadi.. Jangan mudah menyalahkan orang lain..

Kita semua tak akan mampu untuk mengubah sejarah silam kita..Tapi kita masih mampu untuk menentukan masa hadapan kita... Apa uang penting untuk muslimin ialah حسن الخاتمة

Hati yang tenang dan bahagia adalah segalanya.. Bila hati tenang, hidup bahagia, akan mempengaruhi kerja dan tingkah laku kita.. Jangan kedekut ciuman.. Ciumlah pasangan anda..

Esok kita belum pasti lebih baik daripada hari ini.. Bersyukurlah dengan apa yang kita dah ada nescaya Allah akan berikan yang lebih baik pada hari esok...

Bersyukurlah walaupun waktu kita ditimpa musibah kerana Allah rindu untuk berinteraksi dengan kita... Ambillah wuduk.. Solatlah.. Angkatlah tangan berdoa padaNya...

Tiada istilah lewat untuk mencapai kejayaan.. Apa yang penting kita cuba bukannya mengalah tanpa mencuba...

Sentiasalah berdoa untuk pasangan kita.. Kebahagiaan si dia adalah kebahagiaan kita juga.. Terimalah dia seadanya... Jangan pertikai sumbangan si dia kepada kita sebaliknya tanyalah diri kita apa sumbangan kita kepada si dia..

Kita akan hanya kenal siapa sahabat sejati kita bila kita dalam kesusahan.. Sahabat sejatilah yang akan sentiasa ada bersama kita tak kira waktu senang ataupun susah.. Waktu senang sahabat sejati akan tumpang gembira dengan kebahagiaan kita.. Waktu kita susah sahabat sejatilah yang akan menyokong kita... memberi bantuan.. memberi galakkan... Anda kenal sahabat sejati anda???

Ringankanlah lidah dengan beristighfar.. Nescaya Allah ringankan segala kesusahan yang kita tanggung....

Kebahagiaan atau kekecewaan adalah bergantung kepada pilihan kita.. Kita pilih untuk kecewa atau bahagia..

Tujuh amalan sunnah yang akan membawa keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan ke dalam hidup seorang muslim.