Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Ramai yang tak sedar bahawa dia sebenarnya gila.. Harapkan syurga tapi ingkar..

Tuntutan ibadat dan seruan Allah adalah yang lebih utama daripada segalanya... Dahulukan hak Allah.. Allah akan utamakan hak kita...

Kita semua tak akan mampu untuk mengubah sejarah silam kita..Tapi kita masih mampu untuk menentukan masa hadapan kita... Apa uang penting untuk muslimin ialah حسن الخاتمة

Esok kita belum pasti lebih baik daripada hari ini.. Bersyukurlah dengan apa yang kita dah ada nescaya Allah akan berikan yang lebih baik pada hari esok...

Tak perlulah kita tawar menawar dengan penjaja.. Untung mereka tak seberapa untuk menyara keluarga..

Bersyukurlah walaupun waktu kita ditimpa musibah kerana Allah rindu untuk berinteraksi dengan kita... Ambillah wuduk.. Solatlah.. Angkatlah tangan berdoa padaNya...

Sudahkan kita ucap Alhamdulillah hari ini? Hanya sesaat drp hampir 90000 saat yang Allah kurnikan kepada kita setiap hari...

Hujan itu rahmat... Hujan itu nikmat... Tapi hujan itu juga bala.. Hujan itu juga ujian daripada Allah.. Kepada DIA sahaja kita memohon, meminta dan bergantung harap.. Marilah kita sama-sama doakan agar banjir di negeri-negeri Pantai Timur dan beberapa negeri lain cepat surut dan para mangsa banjir dalam keadaan selamat....Amiiin ya ALLAH....

Luangkanlah masa walau seminit sehari untuk dijadikan bekalan kita di alam akhirat nanti...

Sentiasalah berdoa untuk pasangan kita.. Kebahagiaan si dia adalah kebahagiaan kita juga.. Terimalah dia seadanya... Jangan pertikai sumbangan si dia kepada kita sebaliknya tanyalah diri kita apa sumbangan kita kepada si dia..

Jika kita sibukkan diri dengan membuat kebaikan, kita tidak akan mempunyai masa untuk membuat keburukan.

Kebahagiaan atau kekecewaan adalah bergantung kepada pilihan kita.. Kita pilih untuk kecewa atau bahagia..

Tujuh amalan sunnah yang akan membawa keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan ke dalam hidup seorang muslim.